BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI-VIDEO SETEMPAT-INDIVIDU

    Video setempat ialah video yang tidak memerlukan pengeditan atau suntingan. Video setempat ini boleh dijadikan sebagai kenangan untuk suatu hari nanti kerana ianya bersifat santai-santai sahaja. Dalam video ini terdapat perbualan atau ulasan mengenai perkara yang terdapat dalam video tersebut. Lebih tertumpu kepada unsur kelakar dan secara perbualan antara perakam dengan orang dalam video. Kebiasaannya perakam akan bercerita mengenai keadaan yang berlaku.

    Dalam video setempat ini, saya merakam di perpustakaan Abdul Samad, UPM. Waktu itu, saya baru teringat yang kena buat tugasan video setempat. Disebabkan Prof cakap tempat di restoran sudah terlalu ramai, jadi saya memilih perpustakaan sebagai lokasi video setempat saya. Tambahan pula, saya ditemani oleh rakan baik saya iaitu Fathin dan Alif yang membantu dalam melengkapkan video ini dengan memberi respon kepada soalan saya. Agak kelakar kerana saya sejenis orang yang tidak suka merakam video yang panjang. Bagi saya 3 minit adalah terlalu panjang untuk saya merekod. hehehe.. Tapi alhamduillah, berjaya jugak rakam walaupun tak tahu apa yang saya merapu dalam video. Kalau dapat lihat saya banyak menyakat Alif sebab saya memang suka menyakat dia dan kami dah terbiasa menyakat antara satu sama lain. Itu sahaja. Terima Kasih.

πŸ’™Boleh tonton video setempat saya di YouTube
[ BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI-VIDEO SETEMPAT-INDIVIDU ]



πŸ’£ Kehadiran Kelas: Tangkap gambar dengan buku multimedia dan menutup paras hidung.
(15/6/2022 - Rabu)


No comments:

Post a Comment

MAIN POST

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022  πŸ’˜  KEHADIRAN πŸ™‡  INSTAGRAM πŸ’¬  TWITTER πŸ‘»  FACEBOOK MINGGU 2  (Elemen Asas Grafik)πŸ˜€ 1.  ASAS GRAFIK MU...