Academic

 2005-2006 (PRA-SEKOLAH SK JABI)

Aku dah masuk prasekolah. kenapa aku tak masuk tadika? Sebab ayah kerja, jadi mak terpaksa hantar aku sekali dengan abang di sekolah yang sama.

2007-2012 (SK JABI)

Sekolah paling dekat dengan rumah aku. Aku pergi sekolah dengan berjalan kaki sahaja. Kadang-kadang mak dan ayah aku hantar. Mula darjah 5 dan 6 aku pergi sekolah dengan basikal, tapi kebanyakkannya berjalan kaki juga. Basikal kerap sangat rosak. Maklumlah beli atas lori besi buruk yang lalu depan rumah masa tu. HAHAHA. Tapi berbaloilah.

2013-2017 (SMK JABI)

Moment paling indah berada kat sekolah ni. Kalau nak cerita kenangan seluas lautan, sebanyak gunung di dunia ni pon tak cukup. Sepanjang 5 tahun aku bersekolah, mak dan ayah aku yang selalu hantar dan ambik aku di sekolah. Kadang-kadang aku balik rumah jalan kaki jer. Jarak sekolah dengan rumah aku dalam 3 km jer. Kadang-kadang aku tumpang orang balik sekali. HAHAHA. Bukan hidup susah, tapi susah nak jangka aku habis sekolah pukul berapa. Ok dah. Tak boleh cerita panjang, nanti keluar air mata pembaca. 

2018-2020 (SMK RENEK)

Di sini aku berada di tingkatan 6 selama setahun setengah. Aku masih ingat tarikh daftarnya iaitu 2/5/2018. Masa pendaftaran pon dah teratur hidup aku, apalagi sepanjang belajar. HAHAHA. Di tingkatan 6 aku ambik aliran sains kemanusiaan. Subjek yang aku ambik ialah 5 iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Seni dan Ekonomi. 

Kenapa aku masuk tingkatan 6. huh. Aku bukan tak bijak, cuma aku tak isi borang upu. Bukan tak nak masuk universiti. Dulu, kalau melibatkan pengisian borang dalam internet aku memang GAGAL. Aku bukan tak nak menyusahkan orang, tapi orang anggap aku menyusahkan dia. Ok, aku pon tak isila. Hebat kan?

2020-Sekarang/2022 (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)

Bahagia aku dapat kembali walaupun belajar secara online. Banyak jugakla benda menarik walaupun tak banyak. Aku ambik Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian. Best subjek ni. Melalui subjek ni, membuatkan aku minat berbahasa dan ada jugak terdetik dalam hati aku nak bercakap bahasa Melayu dengan betul. Otak aku pon berfungsi untuk berfikir ayat-ayat manis tu. Dulu, aku minat Matematik sampaikan kawan aku pon marah aku ambik bahasa sebab gadaikan minat aku untuk masuk universiti. Lantaklah, asalkan mak ayah aku bangga. Kan?


No comments:

Post a Comment

MAIN POST

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022  πŸ’˜  KEHADIRAN πŸ™‡  INSTAGRAM πŸ’¬  TWITTER πŸ‘»  FACEBOOK MINGGU 2  (Elemen Asas Grafik)πŸ˜€ 1.  ASAS GRAFIK MU...