About me




Assalamualaikum, nama aku Nurul Nazihah binti Burhanuddin. Orang panggil aku Nazihah. Tahun ini aku 22th. Aku dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Aku menetap di Terengganu. Sekarang, aku tinggal di Kampung Jabi, Besut, Terengganu. Aku anak kedua daripada 3 orang adik beradik.


Aku pernah bekerja di kedai menjual peralatan bundle di kampung aku. Alhamdulillah, banyak benda aku belajar di sana. Aku belajar untuk mendisiplinkan diri, jujur, amanah, bertanggungjawab, cara menghormati pelanggan dan sebagainya. Pada awalnya, ramai yang memandang rendah kepada pekerjaan aku. Ye lah apa taknya, aku ada SPM, STPM tapi bekerja di bawah matahari terik, mengangkat barang-barang berat dan sebagainya. Tapi, aku berjaya mengubah pandangan orang ramai terhadap aku. Aku berjaya membangunkan kedai tersebut bersama-sama sehingga dikenali ramai.

Aku suka makan. Tapi perut aku allergi dengan makanan mahal walaupun ianya sedap. Tapi tengok keadaan juga, kalau terpaksa atau nak explore aku hentam ja. HAHAHA. Aku ada kucing sebagai haiwan peliharaanku. Aku mula membela kucing bila ada dua ekor kucing betina sesat datang ke rumah aku. Mungkin kelaparan. Lama-kelamaan, kucing tersebut beranak dan kini hanya tinggal empat ekor. Yang paling tua namanya "Coreng" berumur 10 tahun, kedua namanya "Tapong" berumur 8 tahun, ketiga namanya "Kecik" berumur 4 tahun dan yang paling kecil namanya "Abdul" berumur 2 bulan. Aku suka bercakap dengan kucing kerana dapat menghilangkan semua tekanan dan masalah.  Aku jarang bercerita dengan orang tentang kekurangan aku kecuali kepada orang yang telah memahami aku. Aku seorang yang tidak pandai bercerita dan sukar untuk menyampaikan masalah aku dengan baik. Penyelesaiannya aku bercerita dengan kucing untuk menganggap diri aku diberi perhatian. 

Warna kegemaran aku ialah warna biru. Tambah lagi aku suka kucing biru jepun tu yang bernama Doraemon. Bulat, warna biru, comel menyerupai personaliti aku. HAHAHA. Hobi aku ialah suka memberi. Mungkin orang akan anggap itu bersedekah, tapi aku lebih kepada hadiah. Aku suka bila orang akan mengucapkan kata "Terima Kasih" kepada aku. Itu tanda bagaimana aku menerima penghargaan daripada seseorang. Lagi pula, apabila kita suka memberi, maka Allah akan memberi lebih berganda kepada kita. insya-Allah. Tapi, aku rasa hobi aku suka kumpul jam lah. Takpela, itu sahaja. TERIMA KASIH.


No comments:

Post a Comment

MAIN POST

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022  πŸ’˜  KEHADIRAN πŸ™‡  INSTAGRAM πŸ’¬  TWITTER πŸ‘»  FACEBOOK MINGGU 2  (Elemen Asas Grafik)πŸ˜€ 1.  ASAS GRAFIK MU...