Family

Hai, salam sejahtera semua, kenalkan, ini keluarga aku.

Raya 2016

Gambar ni masa mak aku ada lagi. Aku pon masih budak-budak lagi. And satu hal aku nak bagitahu kepada yang tak tahu lagi, "mak ayah kita takkan pernah sekalipon anggap kita dewasa" aku tak ambik dari mana-mana sumber, tapi aku rasakannya sendiri. Masa ni keluarga aku meriah sangat. Mak aku suka masak. Nenek aku pon tinggal sekali dengan aku, bertambahlah meriah rumah. Masa aku tingkatan 1, mak mengidap penyakit kencing manis yang menyebabkan terpaksa potong kaki sebelah kirinya.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan keluarga aku pon mendapat banyak bantuan termasuklah bantuan kaki palsu mak aku. Tapi tahun 2017, Allah lebih sayangkan mak aku. Allah bagi pinjam sekejap pon dah cukup bagi aku. Mak tak sempat tengok keputusan SPM aku walaupun tak sehebat orang lain. Tapi ayah aku kata dia masih bangga dengan aku. Kalu nak tahu, ayah aku menganggap aku yang paling kuat dalam keluarga aku. Lagipun aku dapat banyak kata-kata semangat dari orang ramai. Alhamdulillah.


Dan ini adalah gambar keluarga aku tahun 2021. 4 tahun berlalu tanpa bidadari syurga disisi. Namun, keluarga aku mendapat ujian lagi yang agak berat untuk diterima iaitu aku kehilangan seorang adik. Adik aku berumur 17 tahun. Adik pon pergi tanpa sempat melihat keputusan SPM nya. Allahuakbar. Perancangan dan ketentuan Allah mungkin jauh lebih baik dari yang aku sangkakan. Adik menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada hari Rabu jam tepat 4.01 petang. Aku pon tak pasti penyakit adik aku, tapi yang aku tahu adik mengalami keracunan makanan ketika dia mengalami demam panas. Aku menerima ujian satu persatu bermula apabila adik mengalami demam panas. Seterusnya, demam campak, seterusnya kencing manis (hipoglisemia), jantung tersumbat, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya kerosakan bahagian dalam. Itu sahaja cerita sebagai pengubat rindu kepada adik aku.

   
 Setiap tahun pakai elrah, bukan besye-besye

Sekarang aku ada ayah. Ayah aku bekerja sendiri di rumah iaitu membaiki peralatan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh, kipas, dan sebagainya. Ayah aku juga ahli masjid dan sentiasa menjalankan tugasnya untuk membersihkan masjid. Katanya "kalau ada orang nak jumpa ayah, bagitahulah ayah ada kat masjid" Ini adalah salah satu cara untuk orang tu pergi mengenali masjid. Ayah aku jarang ada kat rumah. Biasanya waktu zohor dia akan balik dan makan nasi bersama aku. Ayah aku hampir mencecah 50-an tapi masih kuat dan juga masih menganggap aku sebagai anaknya yang masih kecil. Ayah aku seorang yang kelakar.  Dari dulu sampai sekarang ayah layan aku macam tuan puteri. Kalau aku tengah buat homework dalam bilik, tak lama kemudian sampailah neka(dulang) air and makanan untuk aku. Masa aku tak reti masak, ayah yang selalu masakkan. Aku pon hairan, mana ayah belajar masak ni. Semua masakan ayah buat, serius sedap. Sumpah aku sayang ayah. Ramai yang kata, aku ni sebiji ayah aku. InsyaAllah dapat jadi macam ayah, seorang yang kuat.

                   

                  My shoulder                                                         Penyibuk <abang>

Aku ada abang. Kami hanya berbeza setahun sahaja. Abang aku baik dan manis. Dia dikenali sebagai seorang yang manis dengan senyuman ketika bertemu. Abang aku pon dah bekerja tetapi sampingan jer. Abang kerja kat hardware, dekat jer dengan rumah. Masa adik ada, kami selalu memerhati antara satu sama lain. Aku perhatikan adik, adik perhatikan abang, dan abang perhatikan aku. HAHAHA. Abang selalu juga hantarkan air kat tempat kerja aku dan adik. Baik an?... Itu lah abang aku. Ada juga masa dia garang. Tapi tak mengapa, kami still adik beradik kan even adik aku dah takde. Itu sahaja pasal keluarga aku.

Keluarga baru 2021 <ibu>

Percaya dengan takdir Allah. Allah tidak akan uji melebihi dari kemampuan hambanya.
Itu sahaja TERIMA KASIH.


No comments:

Post a Comment

MAIN POST

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022  πŸ’˜  KEHADIRAN πŸ™‡  INSTAGRAM πŸ’¬  TWITTER πŸ‘»  FACEBOOK MINGGU 2  (Elemen Asas Grafik)πŸ˜€ 1.  ASAS GRAFIK MU...