Gambar tersebut menunjukkan seekor penyu di dasar laut. Gambar tersebut mematuhi elemen asas grafik warna. Penggunaan warna yang minimum iaitu warna coklat pada badan penyu, warna putih pada pasir dan warna kebiruan melambangkan air laut dan segugus lumut. Keadaan telah menyebabkan gambar tersebut kelihatan tenang dan jelas bahawa penyu tersebut berada di dasar laut. Penggunaan warna yang sesuai dengan pantulan cahaya terhadap air laut.
Sumber: https://bit.ly/3LzhZZk
Gambar tersebut menunjukkan gambar haiwan iaitu seekor kucing. Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik warna. Penggunaan tona warna yang minimum iaitu tona warna hitam, kekuningan, putih dan biru sedikit pada rantai lehernya. Gambar kelihatan agak jelas kerana mempunyai latar belakang yang agak gelap dan menyebabkan gambar utama mempunyai cahaya yang secukupnya.
Sumber: Gambar Sendiri (Besut, Terengganu)
No comments:
Post a Comment